Kerja Sebagai Satu Ibadah Apatah lagi jika Berniaga.
Umat Islam begitu ramai yang percaya kepada Rasul kerana ianya menjadi salah satu kewajipan rukun keimanan. Tetapi mengapa ramai umat hari ini melarat ? Jawapannya kerana ramai yang percaya kepada Rasul cuma sekadar percaya dalam erti kata adat(yakni adatnya orang Islam harus percaya nabi tidak boleh tak percaya) tetapi tidak meletakkan kepercayaan ke tahap ibadat.
Rasul pernah bertanyakan orang-orang quraisy, adakah kamu percaya jika aku katakan disebelah bukit ini ada musuh akan menyerang kamu? Mereka menjawab ya, kami percaya. Tetapi orang-orang quraisy ini akhirnya tak yakin pada ajaran yang diajar dan dibawa nabi. Persoalan di sini adakah kita juga sama taraf dengan orang-orang quraisy yang masih percaya kepada nabi tetapi tak yakin pada apa yang disaranan nabi.
Marilah kita yakin dengan jazam terhadap Rasul kerana baginda adalah rule model yang terbaik. Kerana itulah baginda diutuskan dikalangan manusia agar manusia mengambil pengiktibaran. Ayuh ! kita maju dalam perniagaan sepertimana yang Rasul contohkan untuk dilihat oleh umatnya.
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment