Sunday, May 11, 2008

"ORANG MISKIN DAN GOLONGAN PERTENGAHAN BEKERJA UNTUK CARI DUIT....TETAPI GOLONGAN KAYA PULA MEREKA JADIKAN DUIT BEKERJA UNTUK MEREKA"

Mari Ustaz nak tunjuk dan bimbing tuan/puan sekelian agar menjadi ummah/golongan ber-Rezeki tinggi bukan ber-Resiko tinggi.
Untuk berjaya ustaz letakkan perlu ada D U I T .
D..........Doa
U.......Usaha
I......Istiqamah
T...Tawakal
Setakat hari ini jarang kita temui orang kaya setakat berdoa sahaja tanpa ada saatu usaha. Ramai juga orang yang berusaha akhirnya gagal kerana hanya buat seketika waktu saja tanpa adanya usaha yang berkekalan(terus menerus). Semua ini akan menemui kekecewaan jika kita tak sandarkan pada ketentuan tuhan, justeru itu perlunya kombinasi faktor kejayaan ini agar satu kekerasian rohani dan jasmani terbina. Ustaz akan tunjukkan bahawa dengan doa kepada tuhan, dengan dibantu oleh usaha sebagai komitmen dan kegigihan yang berterusan kan menjana kejayaan ekonomi yang benar-benar teguh. PERCAYALAH di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Jangan ingat nak berjaya mesti bermodal besar, sedarilah bahawa nabi dan sahabat bermula dari kecil tapi akhirnya gah dimercu kejayaan.

No comments: